Pendedahan yang berterusan kepada cara hidup yang tidak sihat, diet yang kurang seimbang, pencemaran alam sekitar, asap rokok, tekanan dan sebagainya boleh meningkatkan tahap radikal bebas dalam badan kita secara mendadak. Radikal bebas adalah berbahaya kepada manusia kerana ia bertindak menyerang tisu-tisu sel kita lalu menyebabkan kerosakan sel badan. Dalam jangka masa yang panjang, radikal bebas yang berlebihan ini akan menyebabkan penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi, strok dan sebagainya berlaku. Oleh itu, anti oksidan adalah penting bagi melindungi sel-sel badan daripada diserang oleh radikal bebas dan mengurangkan pengoksidaan badan.
Ramai orang mungkin pernah mendengar tentang antioksidan sebelum ini, tetapi kita mungkin tidak menyedari betapa bahayanya pengoksidaan kepada badan kita. Kesan-kesan bagi pengoksidaan boleh dilihat melalui beberapa cara seperti besi mengarat, roti menjadi hapak dan epal akan menjadi warna perang apabila dipotong. Pengoksidaan dalam badan kita juga sama di mana sel badan kita yang normal dan sihat akan menjadi rosak. Ahli-ahli sains menyatakan bahawa ini merupakan salah satu sebab proses penuaan. Insaan Spirulina Plus adalah penyelesaian yang dipercayai dapat mengurangkan keadaan ini.
Dengan penggunaan teknologi terbaru, Insaan Spirulina Plus telah menjalani proses pengeluaran seperti penanaman, penapisan, penulenan, pensterilan dan proses pengeringan. Rumput gandum dan beras perang yang ditambah dapat menambahkan faedah dan khasiat pemakanan dengan membekalkan nutrien yang seimbang dan menyeluruh kepada 60 trillion sel-sel di dalam tubuh badan kita. Insaan Spirulina Plus adalah 100% selamat, semulajadi dan makanan beralkali yang seimbang, dengan itu ia adalah makanan ideal bagi seisi keluarga.
BAHAN RAMUAN:
• Serbuk Spirulina
• Serbuk Rumput Gandum (Triticum Aestivum)
• Beras Perang (Oryza Sativa)
• Aerosil
• Magnesium Stearate
FAEDAH-FAEDAH:
• Bertindak sebagai anti-oksidan untuk mengurangkan penyakit-penyakit berisiko
• Berkesan sebagai anti-penuaan
• Meningkatkan sistem imunisasi dan mengurangkan kesan tindak balas alahan
• Meningkatkan sistem penghadaman
• Membantu mengurangkan berat badan
• Meningkatkan pembentukan dan perkembangan sel-sel darah merah
• Mengandungi khasiat yang tinggi - GLA (Asid Gamma Linolenic) - Vitamin B12 - Beta karoten
• Rumput Gandum – membantu menghadamkan toksin di dalam tubuh badan kita
• Beras Perang – membantu mengurangkan paras kepekatan lipoprotein ketumpatan rendah
SIAPAKAH YANG MEMERLUKAN INSAAN SPIRULINA PLUS?
• Orang yang terdedah kepada radiasi
• Orang yang sedang menjalani terapi radiasi
• Orang yang mempunyai diet yang tidak seimbang
• Kanak-kanak yang tidak suka makan sayur-sayuran
• Orang yang menghadapi obesiti atau masalah pengurusan berat badan
• Orang yang mempunyai kolestrol yang tinggi atau anaemia
CARA PENGGUNAAN:
Kanak-kanak: ambil 2-3 tablet dengan air suam dan ambil 2 kali sehari. Dewasa: ambil 4-8 tablet dengan air suam dan ambil 2 kali sehari.
No comments:
Post a Comment